Friday, 23 October 2015

kehilangan 2

Sekali lagi kisah kehilangan menjadi tajuk dalam blog ini. Kehilangan orang tersayang. Kisah tragedi Mina dan kren tumbang di masjidil haram menjadi bukti bahawa dalam sekelip mata kita boleh kehilangan insan tersayang. Saya terpanggil untuk bercerita mengenai video yang saya lihat ketika peristiwa kren tumbang. Berkali-kali saya melihat video itu, meskipun pada awalnya sangat mengerikan dan mengejutkan tetapi saya melihatnya  juga bagi menganalisis peristiwa yang berlaku.dua orang kanak-kanak bermain bersama ibunya yang asyik berdoa. saat kren tumbang salah seorang daripadanya menolak ibunya...ibunya selamat tetapi kedua-dua beradik itu pergi menemui Ilahi. seorang lelaki yang tertinggal beg di tengah-tengah lantai masjid. berpatah balik ke tempat tersebut untuk mengambil begnya. tepat saat tangannya mencapai beg, kren itu tumbang terus membunuhnya di situ.seorang perempuan yang asyik berdoa di tempat it,. tepat bebeberapa  saat kemudian berlalu dari situ dan sejurus itulah kren itu tumbang. aku menganalisis tiap yang berlaku itu. Allah mengatur tiap sesuatu itu. terperinci dan sangat tepat. Allah menentukan. Kita hanya merancang dan berkira-kira. atau kadang-kadang yakin dengan tindakan kita tetapi Allah menentukan sebaliknya. Bagaimana kita dapat menentukan apa yang berlaku esok? Jika izin Allah akan dikabulNya. jika  bukan izinNya...bagaimana cantik dan kemasnya perancangan itu tidak akan terhasil. Saya melihat video itu kerana ingin memastikan bahawa ketentuan Allah itulah yang benar. Saya juga melihat ada jemaah haji yang sedang asyik berdoa ... saat tumbangnya kren saat itu nyawanya diambil Allah. Oh tuhan video itu adalah saksi bagaimana kita boleh diambil olehNya pada bila-bila masa, sengaja diperlihatkan Allah untuk keinsafan kita.

insan

sebuah perjalanan kehidupan tidak dapat kita jangka dengan apa-apa pun.
 kehadiran kita di dunia bermula dengan kelahiran dan diakhiri dengan kematian. siapa kita yang masih berada di sini memuji diri. menyalahkan sistem. mencerca ketidaksempurnaan. memaki ketidakadilan. kita berada dalam dunia yang penuh tipu daya. mata kita dikaburi dengan jerebu penipuan hingga tidak nampak hakikat kehidupan ini menuju mati. ke mana diri kita hendak dibawa? ke atas menongkat langit. ke bawah menanam dendam ke kiri menjeling cemburu, ke kanan ?... kadang-kadang tanpa sedar kita tidak menjadi insan, kita menjadi jelmaan manusia yang dahaga pangkat, kuasa, cinta, dan kekayaan. kita bicara tentang ketidakadilan yang wujud di sekeliling kita dan kita mengatakan kitalah orang yang teraniaya kerana ketidakadilan itu tetapi kita tertipu bahawa kitalah yang menggalakkan ketidakadilan tersebut... kita kecewa kerana dikecewakan. kita marah kerana dimarah. kita sedih kerana dihina...manusia sesama manusia. apa yang membezakan? masih lagi hamba kepada Allah. masih lagi banyak kelemahan tetapi betapa rasa bangga, ujub dan takbur itu merajai diri...ampunkan aku wahai Allah atas kealpaan ini. ketakutan ada di mana-mana. menunggu saat-saat...

Sunday, 6 September 2015

kehilangan

kita tidak sedar dalam perjalanan kita mengharungi kehidupan, kita terlupa mereka yang ada di sekeliling kita. adakah kita mampu untuk bersama-sama mereka hingga akhirnya.

Ada seekor kucing yang diberi nama jiji. Jiji selalu hadir  dan ada di rumah. dia kucing jiran yang selalu datang mencari makan di rumah. ibunya  telah mati. ibunya pun banyak berjasa kepada kami sekeluarga. Ketika rumah kami didatangi oleh tetamu yang tidak dundang iaitu sang tikus, ibu Jijilah  penyelamat yang berjaya menangkap tikus berkenaan. Kami sayang ibu Jiji dan dia mempunyai 3 anak termasuk Jiji. suatu ketika adik beradik Jiji mati. satu demi satu hilang dari pandangan kami. tinggallah Jiji dan ibunya sahaja. waktu-waktu tertentu ibu Jiji dan Jiji akan datang ke rumah untuk mencari makan. Kami memberi apa-apa sahaja makanan lebihan yang ada. anak-anakku juga suka kucing-kucing ini kerana agak manja dengan kami sekeluarga. suatu subuh. kami mendengar bunyi anjing di luar rumah. agak bising. mungkin ada 4-5 ekor anjing liar. seperti bunyi pergaduhan. Namun kami tidak peduli, mungkin anjing-anjing itu bergaduh sesama sendiri. paginya waktu ingin menghantar anak-anak ke sekolah, suamiku berkata ada kucing mati. bila diperiksa rupanya mak Jiji yang telah kaku. perutnya terburai. Rupa-rupanya dia mengandung lagi dan anjing-anjing itu telah memakan kandungannya. Sedih hati kami. sayu mengenangkan nasib ibu Jiji. jiranku menanam ibu Jiji. Jiji yang tiada ibu semakin kerap ke rumah kami. Jiranku juga sudah tidak kisah sekiranya dia datang ke rumah. Jiji baik. manja dengan keluargaku terutama suamiku. ketika kami pulang dari kerja dia akan berlari mengejar kami masuk ke dalam rumah. Pada bulan puasa yang lalu, pada waktu sahur pasti dia yang akan bising untuk diberi makanan. aku pasti memberi dia makan sebelum aku memberi anak-anakku bersahur kerana tidak suka mendengar dia mengiau sepanjang aku di dapur. bila sudah makan pasti dia akan keluar rumah. setiap pagi juga dialah yang akan masuk ke bilik mengejutkan kami dengan mengiau-ngiau, mungkin dia lapar atau mungkin mahu keluar dari rumah. suatu senja di waktu kami solat maghrib berjemaah, dia masuk ke rumah dan bermain-main di sekeliling kami yang sedang bersolat. menggigit hujung tikar sembahyang, Jiji  berbaring malas di sebelahku . sewaktu aku sujud dia mengiau lembut. kubiarkan sahaja. suamiku akan bermain-main dengannya selesai sahaja solat. Paginya, seperti biasa dia akan mengiau untuk mengejutkan kami semua. Jiji akan masuk ke bilik dan mengiau dan menguis kaki kami. pagi itu jiji mengiau agak kuat dan bising. aku menyuruh anakku membuka pintu supaya dia boleh keluar. seperti biasa dia pun keluar dari rumah.Pada pukul 7.15 pagi ketika anak-anak bersedia dihantar oleh suamiku ke sekolah, entah bagaimana jiji melintas ketika kereta jiranku  lalu. kebetulan kereta itu dipandu laju. Jiji dilanggar dan mati di situ di depan mata anak-anak dan suami. anakku menggambil Jiji dan dibawa ke rumah. kepalanya retak dilanggar. Jiji yang hadir dalam hidup kami, tanpa kami sedar menyayanginya, kadang-kadang tidak dipedulikan, kadang-kadang diberi perhatian. tiba-tiba hilang dari pandangan...air mata kami berderai kerana kehilangannya. kita tidak tahu berapa lama kita akan bersama dengannya...jadi hargai mereka yang ada di sekeliling kita meskipun hanya seekor kucing. apabila dia tiada barulah kita nampak pentingnya dia dalam hidup kita...