Friday, 23 October 2015

kehilangan 2

Sekali lagi kisah kehilangan menjadi tajuk dalam blog ini. Kehilangan orang tersayang. Kisah tragedi Mina dan kren tumbang di masjidil haram menjadi bukti bahawa dalam sekelip mata kita boleh kehilangan insan tersayang. Saya terpanggil untuk bercerita mengenai video yang saya lihat ketika peristiwa kren tumbang. Berkali-kali saya melihat video itu, meskipun pada awalnya sangat mengerikan dan mengejutkan tetapi saya melihatnya  juga bagi menganalisis peristiwa yang berlaku.dua orang kanak-kanak bermain bersama ibunya yang asyik berdoa. saat kren tumbang salah seorang daripadanya menolak ibunya...ibunya selamat tetapi kedua-dua beradik itu pergi menemui Ilahi. seorang lelaki yang tertinggal beg di tengah-tengah lantai masjid. berpatah balik ke tempat tersebut untuk mengambil begnya. tepat saat tangannya mencapai beg, kren itu tumbang terus membunuhnya di situ.seorang perempuan yang asyik berdoa di tempat it,. tepat bebeberapa  saat kemudian berlalu dari situ dan sejurus itulah kren itu tumbang. aku menganalisis tiap yang berlaku itu. Allah mengatur tiap sesuatu itu. terperinci dan sangat tepat. Allah menentukan. Kita hanya merancang dan berkira-kira. atau kadang-kadang yakin dengan tindakan kita tetapi Allah menentukan sebaliknya. Bagaimana kita dapat menentukan apa yang berlaku esok? Jika izin Allah akan dikabulNya. jika  bukan izinNya...bagaimana cantik dan kemasnya perancangan itu tidak akan terhasil. Saya melihat video itu kerana ingin memastikan bahawa ketentuan Allah itulah yang benar. Saya juga melihat ada jemaah haji yang sedang asyik berdoa ... saat tumbangnya kren saat itu nyawanya diambil Allah. Oh tuhan video itu adalah saksi bagaimana kita boleh diambil olehNya pada bila-bila masa, sengaja diperlihatkan Allah untuk keinsafan kita.

insan

sebuah perjalanan kehidupan tidak dapat kita jangka dengan apa-apa pun.
 kehadiran kita di dunia bermula dengan kelahiran dan diakhiri dengan kematian. siapa kita yang masih berada di sini memuji diri. menyalahkan sistem. mencerca ketidaksempurnaan. memaki ketidakadilan. kita berada dalam dunia yang penuh tipu daya. mata kita dikaburi dengan jerebu penipuan hingga tidak nampak hakikat kehidupan ini menuju mati. ke mana diri kita hendak dibawa? ke atas menongkat langit. ke bawah menanam dendam ke kiri menjeling cemburu, ke kanan ?... kadang-kadang tanpa sedar kita tidak menjadi insan, kita menjadi jelmaan manusia yang dahaga pangkat, kuasa, cinta, dan kekayaan. kita bicara tentang ketidakadilan yang wujud di sekeliling kita dan kita mengatakan kitalah orang yang teraniaya kerana ketidakadilan itu tetapi kita tertipu bahawa kitalah yang menggalakkan ketidakadilan tersebut... kita kecewa kerana dikecewakan. kita marah kerana dimarah. kita sedih kerana dihina...manusia sesama manusia. apa yang membezakan? masih lagi hamba kepada Allah. masih lagi banyak kelemahan tetapi betapa rasa bangga, ujub dan takbur itu merajai diri...ampunkan aku wahai Allah atas kealpaan ini. ketakutan ada di mana-mana. menunggu saat-saat...