Friday, 23 October 2015
kehilangan 2
Sekali lagi kisah kehilangan menjadi tajuk dalam blog ini. Kehilangan orang tersayang. Kisah tragedi Mina dan kren tumbang di masjidil haram menjadi bukti bahawa dalam sekelip mata kita boleh kehilangan insan tersayang. Saya terpanggil untuk bercerita mengenai video yang saya lihat ketika peristiwa kren tumbang. Berkali-kali saya melihat video itu, meskipun pada awalnya sangat mengerikan dan mengejutkan tetapi saya melihatnya juga bagi menganalisis peristiwa yang berlaku.dua orang kanak-kanak bermain bersama ibunya yang asyik berdoa. saat kren tumbang salah seorang daripadanya menolak ibunya...ibunya selamat tetapi kedua-dua beradik itu pergi menemui Ilahi. seorang lelaki yang tertinggal beg di tengah-tengah lantai masjid. berpatah balik ke tempat tersebut untuk mengambil begnya. tepat saat tangannya mencapai beg, kren itu tumbang terus membunuhnya di situ.seorang perempuan yang asyik berdoa di tempat it,. tepat bebeberapa saat kemudian berlalu dari situ dan sejurus itulah kren itu tumbang. aku menganalisis tiap yang berlaku itu. Allah mengatur tiap sesuatu itu. terperinci dan sangat tepat. Allah menentukan. Kita hanya merancang dan berkira-kira. atau kadang-kadang yakin dengan tindakan kita tetapi Allah menentukan sebaliknya. Bagaimana kita dapat menentukan apa yang berlaku esok? Jika izin Allah akan dikabulNya. jika bukan izinNya...bagaimana cantik dan kemasnya perancangan itu tidak akan terhasil. Saya melihat video itu kerana ingin memastikan bahawa ketentuan Allah itulah yang benar. Saya juga melihat ada jemaah haji yang sedang asyik berdoa ... saat tumbangnya kren saat itu nyawanya diambil Allah. Oh tuhan video itu adalah saksi bagaimana kita boleh diambil olehNya pada bila-bila masa, sengaja diperlihatkan Allah untuk keinsafan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment